Thursday, March 24, 2011

SIHIR PELALAU

Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.



Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.



Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:

1. Sihir pelalau perniagaan

2. Sihir pelalau perkerjaan

3. Sihir pelalau pembelanjaran

4. Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan



Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelanggan. Jin-jin inilah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniagaan itu.



Penulis sudah banyak merawati pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin inilah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), dan dan lain-lain.



Sintom A

Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan :


1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.

2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.

3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.

4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.

5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.



B. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan :


1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.

2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).

3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari kesalahannya.

4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.



C. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran :


1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.

2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajarannya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.

3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.

4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dan lain-lain.



D. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau penghalang perkahwinan :


1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya.

2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.

3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.

4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.



NOTA :


Benda ghaib memang wujud, makhluk halus memang wujud. Iblis dan syaitan memang wujud, jin dan manusia pun memang wujud tidak pernah dinafikan akan kewujudan makhluk-makhluk ini hatta manusia jahat dan manusia baik pun wujud.

Namun sudah termakhtub juga didlm firman-firmanNYA dan ianya tidak pernah disangkal atau dimansuhkan oleh ayat-ayat terdahulu mahupun ayat-ayat terkemudian bahawasanya setiap dari penyakit yang ada adalah datang dari ALLAH yang MAHA ESA dan hanya DIAlah yang maha pemberi dan hanya DIAlah juga yang menyembuhkannya dan yang perlu kita yakinkan juga adalah kemampuan makhluk itu membuat kejahatan dan kebaikan juga adalah terletak diatas keizinan-NYA. Sebab itu ALLAH menyuruh supaya kita meminta hanya kepada-NYA dan bertawakal.

Contoh mudah kalau orang nak ketuk kepala kita pun insyaALLAH kalau tidak kerana izin-NYA orang tu tak jadi nak ketuk sekiranya doa kita termakhbul. Percaya atau tidak?

Bukanlah potongan-potongan ayat ayat yang menjadi penghalau hantu, iblis, roh jahat atau pun roh baik ataupun pendinding. Nauzubillah... hanya kuasa yang MAHA ESA yang menentukan.

Sekali lagi saya ulangi... khaifiat membaca potongan ayat Quran bukanlah untuk dijadikan pendinding mahu pun penghalau hantu syaitan, itu tak betul...cuma khaifiat membaca potongan ayat tadi hanyalah sebagai doa yang dipohon dari-NYA kerana As-Sunnah, tak lebih dari itu.

ALLAHU ALAMU BISSAWAB.